Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
28 Februari 2017 - Majlis Penghargaan Mohammad Sofian bin Haji Basri

Oleh: Rawandi Rafie Yahya


Jabatan Mufti Kerajaan (JMK), Jabatan Perdana Menteri mengadakan Majlis Penghargaan bertempat di Ruang Legar, Darulifta’ Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 01 Jamadilakhir, 1438H bersamaan dengan 28 Februari, 2017M.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.

Tujuan majlis diadakan adalah untuk menzahirkan penghargaan kepada Yang Mulia Mohammad Sofian bin Haji Basri, bekas pemangku pengarah pentadbiran JMK diatas sumbangan beliau semasa berkhidmat bersama Jabatan ini selama 2 tahun lebih (tahun 2014 sehingga 2016).

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah disusuli dengan ucapan daripada Yang Mulia Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran JMK. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan dari Yang Mulia Mohammad Sofian bin Haji Basri sebagai pegawai yang diraikan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.
 
Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat dan bergambar ramai bersama pegawai dan kakitangan lelaki JMK.


​ ​


Attachments