Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
06-09 Mac 2017 - Kursus Penyampaian Berkesan

Oleh: Rawandi Rafie Yahya

Jabatan Mufti Kerajaan (JMK), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Institut Perkhidmatan Awam (IPA) telah mengadakan program latihan dalaman dengan tajuk Kursus Penyampaian Berkesan berlangsung selama tiga hari bermula pada  06hb sehingga 09hb Mac 2017.

Seramai 18 orang pegawai-pegawai Ilmu terdiri daripada Bahagian Ifta, Bahagian Irsyad & Buhuth dan Bahagian Urusetia Fatwa telah menyertai program latihan ini yang bertempat di Syuura 3, Bangunan Darulifta Brunei Darussalam, JMK.

Pemudahcara bagi kursus ini ialah Haji Noor Husseini bin Haji Mohd Hussein, Penolong Pegawai Latihan daripada IPA.

Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi mendedahkan pegawai-pegawai ilmu di jabatan ini kepada teori dan teknik penyampaian berkesan. Ianya juga diharap dapat meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri semasa memberi penyampaian.

​ ​



Attachments