Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
09 Mac 2017 - Timbalan Mufti Hadiri Persidangan di Kaherah Mesir

Oleh: Rawandi Rafie Yahya



Timbalan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin hari ini bertolak ke Kaherah, Republik Arab Mesir bagi menghadiri Persidangan Am Majlis Tertinggi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-27 atas jemputan Tuan Yang Terutama Professor Dr. Mohamed Moktar Gomaa, Menteri Awqaf Republik Arab Mesir. 

Persidangan dua hari ini bermula pada 11 sehingga 12 Mac 2017 akan diadakan di Hotel Grand Nile Tower, Garden City, Kaherah Mesir.

Turut mengiringi beliau ke persidangan tersebut ialah Yang Mulia Haji Abd Rahman bin Pengarah Haji Mokti, Pegawai Istinbat Kanan Jabatan Mufti Kerajaan.

Persidangan tahunan ini dikelolakan oleh Majlis Tertinggi Hal Ehwal Ugama Islam, di bawah naungan Kementerian Awqaf Republik Arab Mesir. Tema persidangan pada kali ini ialah “The role of Leaders and Decision makers in the dissemination of the culture of peace and the combating terrorism and other challenges” (Peranan Para Pemimpin dan Pembuat Keputusan dalam menyalurkan budaya keamanan dan memerangi keganasan dan lain-lain cabaran).
Attachments