Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
26 Jun 2017 - Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Hari Raya Rombongan Menteri Kanan Singapura

Oleh: Awang Osman bin Abu Bakar


Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan hari ini menerima kunjungan muhibbah Hari Raya ‘Idulfitri daripada Menteri Kanan (Hal Ehwal Luar Negeri dan Pertahanan Singapura) Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki Osman dan isteri Puan Sadiah Shahal.

Kunjungan Tuan Yang Terutama ke Rumah Hidayah, iaitu kediaman Yang Berhormat Pehin di Jalan Mulaut, Mukim Sengkurong pada 2 Syawal, 1438H bersamaan 26 Jun, 2017M diiringi oleh Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Perkembangan Sosial dan Keluarga dan Kementerian Pendidikan, Prof Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim dan isteri Puan Hayati binti Haron; dan Datuk Bandar North East CDC, Encik Desmond Choo. 

Turut serta dalam rombongan ialah pegawai-pegawai dari Kedutaan Singapura di Negara Brunei Darussalam di ketuai oleh Duta Besar Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai.

Rombongan Menteri Kanan Singapura ini telah dialu-alukan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan dan isteri Datin Hajah Maznah binti Haji Mohammad  berserta ahli keluarga.
Attachments