Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
20 Julai 2017 - Majlis Doa Kesyukuran

​Oleh: Rawandi Rafie Yahya
Foto: Haji Saini bin Haji Metussin​


Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bertempat di Ruang Legar, Darulifta’ Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 25 Syawal, 1438H bersamaan dengan 20 Julai, 2017M.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.

Tujuan majlis diadakan adalah untuk meraikan pegawai-pegawai Jabatan Mufti Kerajaan yang telah dikurniakan Bintang-Bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan yang ke-71 tahun. 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan. Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Dato Seri Setia Dr. Haji Mazanan bin Haji Yusof, Pemangku Ketua Pegawai Istinbat sebagai wakil pegawai yang diraikan. 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned selaku tetamu kehormat kepada pegawai-pegawai yang diraikan. 

Seramai 3 orang pegawai Jabatan Mufti Kerajaan telah dikurniakan bintang kebesaran pada tahun ini iaitu Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mazanan bin Haji Yusof telah dikurniakan Bintang Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Kedua (D.S.S.U.B). Manakala, Yang Mulia Awang Haji Rosle bin Haji Jumat @ Jumaat, Ketua Urusetia Fatwa dan Yang Mulia Awang Haji Mas Reduan bin Haji Jumat, Pegawai Penyelidik Ugama Kanan masing-masing telah dikurniakan Darjah Seri Ugama Islam Negara Brunei Yang Amat Bersinar Darjah Ketiga (S.S.U.B).

Majlis diakhiri dengan bacaan doa kesyukuran.


Attachments