Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
22 Julai 2017 - Kunjungan Muhibbah Silaturrahmi Jemaah Muslimah Majelis Taklim Darussalam Alfalah Medan

​Oleh: Rawandi Rafie Yahya
Foto: Haji Saini bin Haji Metussin


Jabatan Mufti Kerajaan (JMK) pada 22 Julai, 2017M bersamaan 27 Syawal, 1438H telah menerima kunjungan muhibbah daripada Dr Hajah Khairawati M.A. binti Haji Hamzah Mansur, Ketua Majelis Taklim Darussalam Alfalah Medan, Indonesia berserta rombongan Jemaah muslimah. Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat JMK, Darulifta’ Brunei Darussalam, Jalan Pengiran Babu Raja.

Hadir mengalu-alukan dan menerima rombongan ialah Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran serta beberapa pegawai JMK.

Pada perjumpaan itu, kedua-dua belah pihak telah berkongsi tentang sejarah, peranan dan struktur organisasi masing-masing. Selain itu, kedua belah pihak juga turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa.

Sejurus selepas itu, rombongan jemaah muslimah telah di bawa mengunjungi dan mengenali lebih dekat mengenai Perpustakan Islam Brunei Darussalam.

Di akhir kunjungan, rombongan juga berkesempatan untuk membeli buku-buku terbitan Jabatan Mufti Kerajaan yang terdapat di kedai buku JMK.

Ketua Majelis Taklim Darussalam Alfalah serta rombongan Jemaah muslimah adalah dalam rangka lawatan pengenalan ke Brunei Darussalam dengan membuat kunjungan-kunjungan Muhibbah bertujuan untuk mengenali Negara Brunei Darussalam serta mengeratkan hubungan silaturrahim dan kerjasama antara pihak-pihak berkenaan.


Attachments