Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
06 November 2017 - Majlis Pelancaran Buku As-Siyasah Asy-Syar'iyyah

Oleh: Nad'ya Faroah Haji Said

Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri mengadakan Majlis Pelancaran Buku As-Siyasah Asy-Syar’iyyah bertempat di Ruang Legar, Darulifta’ Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 17 Safar, 1439H bersamaan dengan 06 November, 2017M.

Tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, JPM. Turut hadir di majlis adalah Timbalan Mufti Kerajaan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada YM Haji Saiful Nizam bin Haji Sulaiman, Pemangku Pengarah Pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan pelancaran daripada Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned selaku tetamu kehormat.
 
Majlis diteruskan dengan upacara pelancaran buku dan penyerahan buku waqaf kepada tujuh (7) perpustakaan-perpustakaan iaitu Perpustakaan Islam Brunei, Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan UBD, Perpustakaan UNISSA, Perpustakaan KUPUSB, Perpustakaan UTB dan Perpustakaan Politeknik Brunei.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh YM Pengiran Haji Zamiri bin Pengiran Haji Jamaludin, Pegawai Buhuth Jabatan Mufti Kerajaan.


Attachments