Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
08 November 2017 - Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Muhibbah Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia

​Oleh: Awang Osman bin Abu Bakar


Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan telah menerima kunjungan hormat dan muhibbah daripada Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia, Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.  

Pertemuan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin, di Jabatan Mufti Kerajaan, Darulifta Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam  pada 19 Safar, 1439H bersamaan 8 November, 2017.
 
Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, di dalam kunjungan tersebut disertai oleh isteri beliau Datin Dr. Shereen bin Muhamad Yunoos; Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia Yang Berbahagia Haji Hashim bin Salleh dan dua orang pegawai dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Malaysia.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua tokoh fokus membincangkan mengenai hal ehwal fatwa dan hal ehwal Islam.

Tiba di bangunan DarulIfta Brunei Darussalam, rombongan Mufti Wilayah Persekutuan itu, dialu-alukan oleh pegawai-pegawai kanan Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Hj. Japar bin Haji Mat Dain@Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan.

Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia itu, berada di negara ini selaku salah seorang panel Forum Perdana bagi Majlis Ilmu 2017 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas selama tiga hari.

Di akhir pertemuan, kedua-dua tokoh bertukar-tukar buku terbitan terbaharu institusi masing-masing.
Attachments