Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
24 Februari 2018 - Timbalan Mufti Kerajaan Hadiri Persidangan Am Majlis Tertinggi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-28

Oleh: Rawandi Rafie Yahya


Timbalan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr. Haji Japar bin Haji Mat Dain @ Maidin hari ini bertolak ke Kaherah, Republik Arab Mesir bagi menghadiri Persidangan Am Majlis Tertinggi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-28, bagi pihak Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan. Kehadiran ke persidangan tersebut adalah atas jemputan Tuan Yang Terutama Professor Dr. Mohamed Moktar Gomaa, Menteri Awqaf Republik Arab Mesir.

Persidangan dua hari ini bermula pada 26 sehingga 27 Februari 2018 yang akan diadakan di Hotel Grand Nile Tower, Garden City, Kaherah Mesir.

Turut mengiringi beliau ke persidangan tersebut ialah Yang Mulia Haji Mohd Sofian bin Awang Tengah, Pegawai Buhuth Kanan Jabatan Mufti Kerajaan.

Persidangan tahunan ini dikelolakan oleh Majlis Tertinggi Hal Ehwal Ugama Islam, di bawah naungan Kementerian Awqaf Republik Arab Mesir. Tema persidangan pada kali ini ialah “The Terrorism Industry and the Imperativeness of Combating its Mechanisms”(Industri Keganasan dan Keupayaan Memerangi Mekanismenya).
Attachments