Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
09 Mei 2018 - Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Menteri Singapura

Oleh: Osman Abu Bakar


Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan menerima kunjungan muhibbah daripada Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam merangkap Menteri Sekitaran dan Sumber Air Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli.

Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di DarulIfta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 9 Mei, 2018. 

Tuan Yang Terutama disertai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Sekitaran dan Sumber Air Singapura, Tuan Albert Chua; Duta Besar Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai, Director of International Policy, Ministry of the Environment and Water Resources, Hazri Hassan dan Senior Assistant Director (Energy & Climate Policy Division), Ministry of The Environment and Water Resources,  Angeline Chui.

Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli berserta rombongan adalah dalam rangka lawatan ke Negara Brunei Darussalam bermula 8 hingga 10, May 2018.
Attachments