Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
25 Julai 2018 - Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Delegasi Nadwah Ulama Nusantara

​Oleh: Osman Abu Bakar




Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, hari ini 25 Julai, 2018 telah menerima kunjungan hormat delegasi Nadwah Ulama Nusantara bertempat di pejabat Yang Berhormat Pehin di Darulifta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan.

Rombongan delegasi seramai 11 orang itu, diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Yang Berbahagia Datu Haji Misnu bin Haji Taha.  Beliau diiringi oleh Mufti Sarawak, Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin dan Kuasa Usaha Sementara, Suruhanjaya Tinggi Malaysia Ke Negara Brunei Darussalam, Puan Rafedah binti Abdul Aziz.

Turut serta ialah Yang Berbahagia Datu Abang Haji Mohd. Shibli bin Haji Abang Mohd Nailie, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak dan beberapa orang pegawai Majlis Islam Sarawak.

Semasa kunjungan tersebut, rombongan memberitahu sedang merancang untuk mengadakan Nadwah atau Symposium Ulama Nusantara VIII yang disempenakan dengan 55 tahun Sarawak Merdeka.  Nadwah akan mengundang tokoh-tokoh nusantara termasuk daripada Negara Brunei Darussalam untuk membentangkan kertas masing-masing.  Nadwah ini dijangka akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada akhir Oktober 2018.

Turut mengalu-alu rombongan tersebut ialah Timbalan Mufti Kerajaan, Yang  Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Japar  bin Mat Dain@Maidin dan beberapa pegawai kanan Jabatan Mufti Kerajaan.

Attachments