Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
25 Ogos 2018 - Majlis Ibadah Korban Anjuran Bersama Jabatan Mufti Kerajaan, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei dan Pusat Penyembelihan Mulaut 1439H/2018M

​Oleh: Rawandi Rafie Yahya









Seramai 180 orang yang terpilih daripada Mukim Gadong dan Mukim Kianggeh telah menerima daging ibadah korban anjuran bersama Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei Sdn. Bhd. dan juga Pusat Penyembelihan Mulaut Sdn. Bhd.

Sejumlah 5 ekor lembu, 3 ekor kerbau dan 2 ekor kambing disembelih untuk dijadikan ibadah korban pada majlis tahun ini.

Majlis berlangsung di Ruang Legar, Bangunan Darulifta, Jabatan Mufti Kerajan, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Pengiran Babu Raja pada 13 Zulhijjah 1439H bersamaan 25 Ogos 2018M.

Tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan. Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara; Yang Berhormat Awang Haji Ismail bin Haji Rajab, ahli Lembaga Pengarah Syarikat Penerbangan Diraja Brunei Sdn. Bhd; Yang Mulia Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, ketua-ketua kampong berkenaan serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari ketiga-tiga institusi.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Bersama Majlis, Yang Mulia Kapten Saiful Bahrin bin Haji Awang Bahar, Eksekutif Pengarah Urusan (Operasi), Syarikat Penerbangan Diraja Brunei Sdn. Bhd.

Acara diteruskan dengan penyerahan daging korban kepada para penerima yang disempurnakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan juga Yang Mulia Awang Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid, Timbalan Setiausaha Tetap (Pelaburan) Kementerian Kewangan selaku ahli Lembaga Pengarah Syarikat Penerbangan Diraja Brunei Sdn. Bhd.

Majlis Ibadah Korban yang dilaksanakan secara bersama ini adalah merupakan acara tahunan antara ketiga-tiga institusi tersebut. Kesepakatan ini telah lahir sejak lebih 19 tahun yang lalu bermula pada tahun 1999 lagi.



Attachments