Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
23 April 2019 - Mufti Kerajaan Terima Kunjungan Muhibbah Delegasi Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Sarawak

Oleh: Rawandi Rafie Yahya
Foto: Osman Abu Bakar​ & Rawandi Rafie Yahya







Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajan telah menerima kunjungan muhibbah delegasi Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Sarawak selaku Menteri bertanggungjawab Hal Ehwal Islam Sarawak. 

Kunjungan tersebut berlangsung di pejabat Yang Berhormat Pehin di DarulIfta Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 23 April, 2019 bersamaan 17 Sya’aban 1440.

Rombongan delegasi seramai 17 orang itu disertai oleh Yang Berbahagia Datin Hajah Siti Rogayah binti Haji Ahmad Zaidin, Isteri kepada Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Sarawak; Yang Berbahagia Datu Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak; Sahibus Samahah Datu Haji Kipli bin Haji Yassin, Mufti Sarawak; Yang Berbahagia Datu Abang Haji Mohd Shibli bin Haji Abang Mohd Nailie, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak dan isteri, Yang Berbahagia Datin Hajah Habsah binti Arshad; Yang Amat Arif Tuan Haji Awang Suhaili bin Awang Ledi, Ketua Hakim Syarie dan beberapa orang pegawai daripada Jabatan Agama Islam Sarawak dan Majlis Islam Sarawak.

Yang Berhormat Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Sarawak selaku Menteri bertanggungjawab Hal Ehwal Islam Sarawak adalah dalam rangka lawatan selama 4 hari ke negara ini bertujuan untuk mengenali lebih dekat dan mengadakan perbincangan mengenai kaedah penyebaran Ugama Islam di Negara Brunei Darussalam, pengurusan waqaf, pensijilan halal, sistem pengurusan hal ehwal masjid dan pengajian pendidikan ugama di Negara Brunei Darussalam. 

Turut mengalu-alu rombongan tersebut ialah Yang  Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Japar bin Mat Dain@Maidin, Timbalan Mufti Kerajaan, Dato Seri Setia Dr Haji Mazanan bin Haji Yusuf, Penolong Mufti (Buhuth)  dan beberapa pegawai kanan Jabatan Mufti Kerajaan.



Attachments