Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
06 Februari 2021 - Jabatan Mufti Kerajaan Terbitkan Tiga Buku Terbaharu

Oleh: Awang Osman Abu Bakar



Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri telah menerbitkan tiga  buku terbaharu, iaitu:

1.  Fatwa Mufti Kerajaan 2019

Buku Fatwa Mufti Kerajaan 2019 ini mula dicetak pada tahun 2020 yang lalu.  Setebal 205 muka surat, buku ini mengandungi 8 bab dengan 20 buah Fatwa dan dijual dengan harga BND$6.00 senakshah.  

Buku Fatwa Mufti Kerajaan ini adalah himpunan soalan dan pertanyaan yang diajukan oleh berbagai pihak dan golongan masyarakat Islam di sepanjang tahun 2019 yang lalu dan dijawab dalam bentuk fatwa.

Salah satu ciri khas fatwa ini ialah bukan sahaja memberikan jawaban terhadap soalan/permasalahan yang ditanyakan dan dipohonkan penjelasan hukum mengenainya, tetapi juga turut menghuraikannya dari berbagai aspek pandangan ulama-ulama mu’tabar Ahli Sunnah wal-Jama’ah, disamping penghuraian tersebut juga penuh dengan ciri-ciri ilmu pengetahuan yang mudah dihayati.

Buku Fatwa Mufti Kerajaan 2019 ini, mengandungi jawapan hukum yang berkait rapat dengan persoalan kehidupan seharian umat Islam, yang difatwakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam, antara persoalan itu ialah mengenai ibadat seperti sembahyang, puasa dan Haji & Umrah;  persoalan-persoalan mengenai Muamalat seperti jual-beli dan wakaf; termasulah juga persoalan-persoalan tentang kebudayaan, haiwan, pakaian dan perhiasan, as-Siyasah asy-Syar’iyyah dan al-Mutafarriqat.

2.  Buku Irsyad Hukum 2019

Buku Irsyad Hukum 2019 ini mula dicetak pada tahun 2020 yang lalu.  Setebal 2296 muka surat, buku ini mengandungi 7 bab dengan 38 artikel dan dijual dengan harga BND$7.00 senakshah.  

Sebagaimana lazimnya, buku Irsyad Hukum terbitan Jabatan Mufti Kerajaan adalah sebuah buku yang menghimpunkan artikel-artikel Irsyad Hukum yang diusahakan penulisannya oleh pegawai-pegawai Bahagian Buhuts dan Irsyad, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam.

Penulisan tersebut bertujuan untuk menyediakan dan memberikan bimbingan hukum serta panduan kepada umat Islam secara lebih teratur, jelas dan mudah semata-mata sebagai rujukan dalam menghadapi isu-isu yang berkaitan/berbangkit dalam kehidupan sehari-hari umat  Islam seperti 
dalam soal Ibadat, Muamalat, al-Ahwal asy-Syakhshiyyah, al-Faraidh, Akhlak, Doa, Wirid & Zikir. 

3.  Sembahyang-Sembahyang Sunat dan Persoalannya

Buku Sembahyang-sembahyang Sunat dan Persoalannya ini mula dicetak pada tahun 2020 yang lalu.  Setebal 264 muka surat, buku ini mengandungi 23 artikel dan dijual dengan harga BND$7.00 senakshah.  

Buku Sembahyang-Sembahyang Sunat dan Persoalannya ini mengandungi himpunan/kompalisi Irsyad Hukum yang ditulis oleh pegawai-pegawai Bahagian Buhuts dan Irsyad, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam.

Dikumpul, kemudian diterbitkan dalam sebuah buku dengan mengambil kira bahawa sembahyang sunat itu tidak boleh dipandangan ringan kerana ia amat besar fadhilatnya.  Selain mengharap rahmat dan maghfirah, sembahyang sunat juga dapat menampal mana-mana kekurangan yang mungkin tidak disedari di dalam sumbahyang fardhu.

Kandungan buku ini diharap dapat membantu menyelesaikan beberapa masaalah dan persoalan yang sering menjadi tanda tanya tentang sembahyang-sembahyang sunat itu, seperti permasaalahan dalam menunaikan sembahyang Hari Raya, sembahyang Witir, sembahyang Sunat Thawaf dan seumpamanya.

Ketiga-tiga terbitan terbaharu Jabatan Mufti Kerajaan ini mempunyai nilai keilmuan yang tersendiri, amat bermanfaat untuk dikongsikan dan disebarluaskan di kalangan masyarakat Islam dan amat berguna sebagai panduan ke arah kesempurnaan ibadah dan kesempurnaan hidup sehari-hari umat Islam.

Ketiga-tiga buku tersebut boleh dibeli di kedai buku Jabatan Mufti Kerajaan pada waktu pejabat, dan dalam waktu yang terdekat boleh dibeli di kedai-kedai buku yang terpilih di negara ini.



Attachments