Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
14 Julai 2021 - Ucapan YB Pehin Mufti Kerajaan Pelancaran Buku

Ucapan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul 'Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan semasa Majlis Pelancaran Buku "Raja Brunei Pelopor Penggunaan Vaksin Ketuhanan - The King Of Brunei Pioneer In The Use Of Divine Vaccine" yang diadakan pada Hari Rabu, 03 Zulhijjah 1442 bersamaan 14 Julai 2021.


20210714-Pelancaran-Buku-001 (295x200).jpg

 

Kita bersyukur pada hari ini, terbit pula sebuah buku lagi untuk mengisi perbendaharaan buku negara.  Setiap buku tidak diragukan lagi adalah ia asset dan sekaligus menefistasi sejarah bagi suatu bangsa, berdasarkan kandungan buku bukan setakat huruf-huruf di atas kertas, tetapi huruf-huruf itu ibarat hidup dan berkomunikasi dengan kita para pembaca.

Apa-apa yang ditulis di dalam buku, boleh sahaja ia pelbagai, seperti berkaitan dengan agama, dengan pendidikan, dengan sejarah, dengan ekonomi, dengan politik dan sebagainya.  Semua itu dihajati atau diperlukan belaka, selaku maklumat dan ilmu untuk mengisi minda dan dada-dada kita.

Begitulah gambaran peranan buku.

Adapun buku yang akan dilancarkan pada hari ini, hanyalah sebuah buku kecil, ditulis dalam dua versi:  Melayu dan Inggeris, bertajuk:

"Raja Brunei Pelopor Penggunaan Vaksin Ketuhanan"

"The King Of Brunei Pioneer In The Use Of Divine Vaccine"

Buku ini saya sifatkan sebagai menefistasi raja dan Brunei kita, berunsurkan sejarah tersendiri mengenai siapa raja dan negara Brunei itu?

Buku ini telah mengungkap bagaimana Brunei menghadapi dan menanggani COVID-19, dan 'cara' menghadapi serta menanggani itu pula ditentukan oleh bagaimana perkenan dan mahunya raja kita, iaitu disamping sama-sama mengikut dan mematuhi protokol antarabangsa, Brunei juga dikehendaki supaya tidak boleh tidak mesti memperisai dirinya dengan Vaksin Ketuhanan.

Apa itu Vaksin Ketuhanan?  Iaitulah: Zikir, doa, al-Qur'an dan sedekah.

Inilah perisai khusus yang dipegang dan digunakan oleh Brunei, dengan mahunya raja kita sendiri selaku pelopor penggunaan Vaksin Ketuhanan tersebut.

Sikap dan budi bicara raja ini adalah ia satu sejarah:  Sejarah bagi Brunei dan sejarah baginda sendiri.  Bahkan tidak salah, kalau kita sifatkan ia juga adalah sejarah kepada dunia, bahawa dalam dunia yang amat luas ini, terdapat seorang raja, kepala negara dan ketua kerajaan yang sedang memerintah sebuah negara kecil yang hanya mempunyai keluasan 5,765 Kilometer persegi dan penduduknya pula tidak sampai satu juta, tetapi baginda itu secara berhemah dan tersendiri telah mempelopori penggunaan Vaksin Ketuhanan untuk menolak COVID-19.  Dan ternyata, budi bicara baginda ini telah berhasil menaggih berkat, dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengizinkan Brunei terkeluar dari tangkarah COVID-19.

Untuk mengetahui perkara ini lebih terperinci, Insya Allah, ia boleh diperolehi dari buku yang akan dilancarkan ini.




Attachments