Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
14 Julai 2021 - Majlis Pelancaran Buku 'Raja Brunei Pelopor Penggunaan Vaksin Ketuhanan'

Oleh: Rawandi Rafie Yahya

Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri melancarkan sebuah buku bertajuk "Raja Brunei Pelopor Penggunaan Vaksin Ketuhanan / The King of Brunei Pioneer in the Use of Divine Vaccine" terbitan terbaharunya bertempat di Ruang Legar, Darulifta' Brunei Darussalam, Jabatan Mufti Kerajaan pada 03 Zulhijjah, 1442H bersamaan 14 Julai, 2021M.


20210714-Pelancaran-Buku-001 (295x200).jpg20210714-Pelancaran-Buku-002 (295x200).jpg

 

Buku dwi-bahasa; iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (sebagai terjemahan) ini, mengandungi khutbah khas 'Idul Fitri tahun 1442 Hijriyyah/2021 Masehi yang disediakan dan disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan di Masjid Omar 'Ali Saifudddien.  Buku ini juga turut dimuatkan dengan beberapa petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berkaitan dengan 'Vaksin Ketuhanan' yang baginda pelopori penggunaannya.

 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan surah al-Fatihah disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada Yang Mulia Haji Mohidin bin Haji Mustapha, Ketua Qismulhikmah, Jabatan Mufti Kerajaan selaku Pengerusi Majlis.

 

20210714-Pelancaran-Buku-003 (295x200).jpg20210714-Pelancaran-Buku-004 (295x200).jpg


Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan dan pelancaran buku "Raja Brunei Pelopor Penggunaan Vaksin Ketuhanan / The King of Brunei Pioneer in the Use of Divine Vaccine" oleh Tetamu Kehormat; Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan.

 

Majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Yang Mulia Haji Martino @ Abd Azim bin Haji Ahmad, Pegawai Buhuth.

 

Buku "Raja Brunei Pelopor Penggunaan Vaksin Ketuhanan / The King of Brunei Pioneer in the Use of Divine Vaccine" boleh didapati di kedai buku JMK, Bangunan Darulifta' Brunei Darussalam (pada waktu bekerja) dan dijual dengan harga BND5.00 senaskhah.



Attachments