Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksCovid 19 Apa Kata Mufti

JUDUL
Covid 19: Apa Kata Mufti?
Tahun Diterbitkan: 2020
Halaman: 57 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-60-76-6
Harga: BND 5.00

Kandungan


COVID-19 adalah penyakit luar biasa yang melanda dunia, menular menjadi pandemik dan turut menjangkiti Negara Brunei Darussalam.

Bagaimana dan mengapa musibah ini berlaku? Selaku orang Islam, jawapannya boleh dicari dalam al Qur’an dan al-Hadits.

Dalam masa wabak ini menular terdapat beberapa persoalan yang ditimbulkan, seperti hukum sembahyang fardhu Jumaat, mengadakan majlis keramaian, berjabat tangan dan mengapa lebih takut COVID-19 berbanding takut kepada Allah.

Buku ini ada jawapannya. Menariknya, dalam bab akhir disisipkan beberapa zikir berupa ayat al-Qur’an, hadits dan do‘a umum untuk menghadapi bencana dan wabak.