Kandungan
Buku ini menyingkap tentang keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terhadap kebajikan rakyat yang berterusan dan tidak ada titik noktahnya.
Namun tidak semua yang dapat dirista. Hanya secara umum dan ringkas disebutkan: Adalah satu ni'mat, Allah mengurniakan kepada Negara Brunei Darussalam seorang raja yang adil, prihatin, bijaksana, pemurah, pengasih, berani menegakkan hukum Allah dan penyabar, tidak gentar dengan celaan demi kebenaran.