Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFatwa Mufti Kerajaan Rawatan dan Kesihatan



Halaman :    291 muka surat
ISBN        :    99917-33-40-x
Harga      :    B$10.00

    

Kandungan

Buku ini mengandungi Fatwa Mufti Kerajaan yang berhubungkait dengan amalan, jampi , azimat, perubatan dan kesihatan yang difatwakan dari tahun 1962 hingga 2001. Fatwa-fatwa berkenaan diambi daripada fatwa yang difatwakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz.

Dalam bab perubatan dan Rawatan banyak kemusykilan telah ditanyakan antaranya berubat dengan benda-benda najis, menderma anggota , derma darah, membedah mayat dan sebagainya.

Dalam bab kesihatan antara yang ditanyakan dan dijawab ialah mengenai Penguguran Kandungan, Aids, Haji perempuan hamil dan sebagainya. Sementara dalam bab amalan pula ditanyakan dan diterangkan mengenai dengan ilmu kebal, amalan agar air muka berseri, bacaan ketika hendak tidur, bacaan ketika mengandung dan sebagainya.

Buku ini dicetak pertama kalinya pada tahun 2002 dan diulangcetak  pada tahun 2004 & 2007.