Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFatwa Mufti Kerajaan 2006

JUDUL
Fatwa Mufti Kerajaan 2006
Tahun Diterbitkan: 2009
Halaman: 216 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-60-49-0
Harga: BND 8.00

Kandungan


Peranan fatwa dan institusi fatwa semakin dikenali di kalangan masyarakat Islam hari ini. Ternyata bahawa fatwa mufti kini mendapat tempat di hati masyarakat dalam menghuraikan berbagai masalah dan ketidakpastian tentang sesuatu hukum bukan sahaja dalam perkara ibadat, malah dalam hal ehwal ekonomi, pentadbiran, sosial dan sebagainya.

APAKAH TUGAS DAN FUNGSI SEORANG MUFTI? APAKAH HUKUM BAGI MEREKA YANG TELAH TERMAKAN DAGING SOSEJ BERSALUT USUS KHINZIR YANG BERADA DALAM PASARAN KITA BARU-BARU INI? BOLEKAH SEORANG PELAJAR MENILAI PENSYARAHNYA? APAKAH PANDANGANAN ISLAM DALAM PEMBEDAHAN PLASTIK?

Pertanyaan-pertanyaan ini menunjukkan bahawa masyarakat Islam hari ini begitu peka dan amat mengambil berat tentang pandangan Islam mengenai isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling mereka

Selain itu hukum menyertai perauan melalui SMS atau MMS, membawa alat yang mengandungi perisian al-Qur'an ke tandas dan hukum meminjam wang dari bank konvensional, merupakan sebahagian lagi persoalan menarik yang ditanyakan oleh masyarakat Islam yang perlu diketahui hukum dan fatwa mengenainya melalui buku Fatwa Mufti kerajaan 2006 ini.