Kandungan
Buku ini mengandungi jawapan hukum yang berkait rapat dengan persoalan kehidupan seharian umat Islam yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam sepanjang tahun 2010.
Fatwa-fatwa berkenaan dibahagikan kepada 10 bab: Aqidah, Ibadat, Muamalat, Al-Ahwal Asy-Syakhshiyyah, Makanan & Minuman, Pakaian & Perhiasan, Al-Faraidh, As-Siyasah Asy-Syar'iyyah, Akhlak dan Al-Mutafattigat.
Antara persoalan yang dikemukakan ialah Penggunaan Hand Sanitizer (Pencuci Tangan) Beralkohol, Membangun rumah atas tanah yang dipercayai pernah digunakan sebagai tanah perkuburan orang-orang Islam, Menikahi perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah, Belajar di sekolah misi, Hukum memakan ketam kaluk dan lain-lain lagi.
Setiap keluarga Islam perlu memiliki buku ini sebagai rujukan dan panduan dalam menjalani kehidupan harian mereka.