Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFatwa Mufti Kerajaan 2012

JUDUL
Fatwa Mufti Kerajaan 2012
Tahun Diterbitkan: 2013
Halaman: 171 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-60-15-5
Harga: BND 8.00

Kandungan


Sebanyak 21 persoalan kehidupan seharian umat Islam telah. dijelaskan melalui fatwa Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam sepanjang tahun 2012.

Antara persoalan yang dikemukakan ialah hukum perempuan haidh masuk masjid, zakat saham yang tidak memberi pulangan keuntungan, cabutan nombor bertuah, beberapa persoalan mengenai nikah perempuan hamil akibat zina, membinkan anak angkat, hukum memelihara dan menyentuh anjing, pakaian renang Muslimah, amalan dan do'a memperolehi khusyu' ketika sembahyang dan lain-lain lagi.

Kesemua fatwa tersebut dimuatkan dalam buku ini untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan, agar masyarakat memperolehi ilmu dan maklumat terkini mengenai perkembangan semasa yang melibatkan hukum dan fatwa.