Kandungan
Buku ini mengandungi jawapan hukum yang berkait rapat dengan persoalan kehidupan seharian umat Islam yang dijelaskan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam Sepanjang tahun 2013.
Fatwa-fatwa berkenaan dibahagikan kepada 10 bab Ibadat. Muamalat, Kebudayaan, Makanan & Minuman. Pakaian & Perhiasan, Perubatan, As-Sivasah Asy-Syar'iyyah, AfTashawwuf. Do'a. Wirid & Zikir dan Al-Mutafarriqât.
Antara persoalan yang dikemukakan ialah mengerjakan sembahyang sunat Dhuha secara berjemaah, membina dua buah masjid dalam sebuah kampung, zakat perniagaan secara perkongsian, hukum bersolek bagi wanita, hukum bertepuk tangan dan bersiul, persoalan. membedah siasat mayat dan lain-lain lagi.
Setiap keluarga Islam perlu memiliki buku ini sebagai rujukan dan panduan dalam menjalani kehidupan harian mereka.