Kandungan
Buku ini mengandungi himpunan Fatwa Mufti Kerajaan Brunei dari tahun 1964 hingga tahun 2005, yang difatwakan oleh dua orang Mufti; Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan dari 1962 hingga 1993, dan fatwa Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan dari 1hb September, 1994 hingga sekarang. Kandungan fatwa yang dimuatkan di dalam buku ini sangat membantu dalam memberikan ilmu dan maklumat yang berkaitan dengan haji atau umrah. Ia dapat dijadikan sebagai rujukan dan bimbingan serta dapat memandu kita menunaikan dan menyempurnakan ibadah tersebut dengan lebih sempurna dan diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala.