Kandungan
Guru adalah orang yang sentiasa
berdamping dengan ilmu,
yang baulit dengan ilmu,
yang tamakkan ilmu,
yang tidak pernah puas dengan ilmu
yang menjadikan orang lain berilmu.
Guru adalah pelita umat dan pelita zaman.
Tanpa mereka semuanya akan menjadi gelap gelita.
Hebatnya guru itu
kerana mereka banyak berjasa
menabur bakti dalam mendidik
anak bangsa
menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.
Buku ini antara lain dimuatkan dengan motivasi yang sangat bermutu dan sekaligus sebagai satu pengiktirafan terhadap keunggulan, kewibawaan, kemuliaan dan kehebatan guru.