Kandungan
Buku Irsyad Hukum adalah sebagai panduan kepada setiap golongan masyarakat Islam kerana mengandungi berbagai permasalahan agama yang dihuraikan dengan bahasa yang sederhana dan penerangan yang begitu jelas berdasarkan Al-Qur'an, hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dan beberapa pendapat ulama yang mu'tabar khususnya mazhab Al-Imam Asy-Syafi'e.
Antara lain kandungan buku ini memperkatakan tentang hukum hukum mengenai puasa dan beberapa persoalan semasa seperti menyusukan anak, memakai kontek lens dan pemindahan darah ketika sedang berpuasa. Selain itu, terdapat juga perbincangan mengenai sembahyang, zakat, korban, harta pusaka dan beberapa lagi tajuk lain, yang mengupas persoalan hukum yang relevan dengan kehidupan masyarakat masa kini.