Kandungan
Sebagai sebuah buku yang memberi panduan kepada pembaca, Irsyad Hukum sekali lagi menyenaraikan beberapa isu yang perlu diketahui dan difahami oleh masyarakat Islam dalam menunaikan tanggungjawab dan kewajipan mereka kepada agama dan kehidupan seharian yang tidak pernah lari daripada hukum Syara'.
Berbagai tajuk-tajuk menarik dan informatif telah disediakan kepada pembaca sebagai bimbingan dan pimpinan ke arah pelaksanaan amalan dan hukum yang lebih baik dan sempurna. Antaranya, Bagaimana Melupuskan Mushhaf Yang Tidak Digunakan Lagi, Mandi Wajib Kerana Wiladah Dan Nifas, Menahan Hadas Kecil Ketika Sembahyang, Musafir Yang Diharuskan Mengqashar Dan Menjama Sembahyang, Menghadiri Upacara Kematian Orang Bukan Islam Di Dalam Gereja, Tanaman Yang Wajib Dizakat, Adab Bersungkai Mengikut Sunnah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, Hukum Lelaki Memakai Gelang dan berbagai lagi tajuk yang kesemuanya terdapat dalam bab-bab yang telah disusun mengikut kategori.