Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPenyembelihan Binatang dan Pengendalian Daging

JUDUL
Penyembelihan Binatang dan Pengendalian Daging
Tahun Diterbitkan: 2011
Muka Surat: 332 Halaman
ISBN-13: 978-99917-33-15-9
Harga: BND 9.00

Kandungan


Isu halal haram dalam perkara binatang dan daging yang diberi perhatian oleh umat Islam termasuklah oleh pihak-pihak berkuasa di Negara Brunei Darussalam meyebabkan Jabatan Mufti Kerajaan mengambil langkah mengusahakan penerbitan buku himpunan fatwa ini semata-mata untuk menjadi panduan hukum mengenai perkara atau aktiviti berkaitan dengan binatang dan daging tersebut.

Didapati ada 70 fatwa mengenai perkara itu dikeluarkan dalam jangka waktu dari tahun 1962 hingga 1999 meliputi berbagai masalah penyembelihan binatang dan pengendalian daging, urusniaga daging dan hal-hal makanan yang mengandungi bahan-bahan dari binatang.