Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPerintah Qanun Jenayah Syariah Neraca Allah

JUDUL
Perintah Qanun Jenayah Syari'Ah: "Neraca Allah"
Tahun Diterbitkan: 2013
Halaman: 118 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-60-08-7
Harga: BND 5.00

Kandungan


Puisi ini adalah coretan, untuk bangsaku dan malah untuk kemanusiaan seluruhnya. la bermula dari getar sukma, tercetus oleh titah raja di singgahsana pada 15 Julai, 2012, yang antara lain berbunyi: "Beta telah memperkenankan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syari'ah untuk dilaksanakan di negara ini..." dan sebelum itu baginda menekankan keyakinan (bahawa dengan ini): akan melepaskan kita semua terutama raja, dari dituntut oleh Allah pada hari kandila kelak...

Inilah motivasi pencetus minda, sebuah titah hebat melakar sejarah: Sejarah teragung untukmu, wahai Darussalam, dan malah juga untuk kemanusiaan sejagat. Dunia menganggapnya berat tetapi raja kita mampu mengangkatnya, Ya, tidak hebat bagaimanakah ini? Begitulah limpah kurnia Allah kepada baginda,

Ini "Neraca Allah" adalah responsku terhadap titah tersebut, demi kerana mengharapkan redhaNya jua.

- Adi Rumi