Kandungan
Dalam usaha untuk menjaga kesihatan dan merawat apa jua jenis penyakit, pelbagai cara boleh dilakukan. Bagaimanapun setiap pesakit perlu berhati-hati agar rawatan yang dijalani tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Buku ini memuatkan sebanyak 35 fatwa oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam yang berhubungkait dengan perubatan, rawatan, kesihatan dan amalan.
Antara persoalan yang menarik ialah mengenai pembedahan plastik, pemindahan dan pendermaan organ manusia, penggunaan kaki palsu, lelaki memakai gelang magnetik, penggunaan syisya dan pengambilan ubat ubatan yang mengandungi najis, alkohol dan arak. Persoalan-persoalan tersebut dijelaskan dan dijawab dalam buku himpunan fatwa ini.