Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSembahyang Menggunakan Kerusi Cara-Caranya

SEMBAHYANG MENGGUNAKAN KERUSI:  CARA-CARANYA

Penerbit:  Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
Halaman: 71 muka surat
ISBN: 978-99917-60-87-2
Harga: BND6.00


Buku ini cuba menghuraikan tatacara dan kaedah yang betul mengenai sembahyang tersebut mengikut keadaan-keadaan yang biasa dihadapi oleh orang yang sembahyang duduk menggunakan kerusi. Buku ini juga dilengkapi dengan gambar-gambar bagi memudahkan pembaca mendapat gambaran yang lebih jelas tentang cara melaksanakannya menurut pandangan Mazhab Syafi'i.

Buku setebal 71 mukasurat ini dijual dengan harga BND6.00 senaskhah. Disamping membicarakan secara khusus mengenai tuntutan menunaikan sembahyang sekalipun ada keuzuran dan beberapa isu berkaitan sembahyang menggunakan kerusi, buku ini juga turut membicarakan tentang kewajipan dan hikmah sembahyang secara umum.

Dengan dilengkapi gambar-gambar bagi memberikan gambaran lebih jelas kepada pembaca atau masyarakat tentang kaedah dan tatacara menunaikan sembahyang itu, adalah diharapkan buku ini akan mampu untuk menjadi bahan panduan dan rujukan yang berkesan dan semoga penerbitan buku ini juga akan dapat menyumbang kepada kemaslahatan umat dan dapat  meleraikan kekeliruan serta persoalan orang ramai berkenaan dengan pelbagai cara sembahyang menggunakan kerusi khususnya yang tular dan tersebar luas di media massa.