Kandungan
Sembahyang sunat amat besar fadhilatnya. Selain mengharap rahmat dan maghfirah ia juga sebagai cara terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Sembahyang sunat juga dapat menampal mana-mana kekurangan yang mungkin tidak disedari di dalam sembahyang-sembahyang fardhu.
Oleh itu jangan pandang ringan akan amalan sembahyang sunat. Ia akan menjadi bekalan yang dapat membantu mencukupkan amalan sembahyang fardhu.
Buku ini selain menerangkan mengenai sembahyang sunat juga menjawab persoalan berkaitan sembahyang sunat.