Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTeman Musafir Edisi MiniX


​Halaman :    50 muka surat
ISBN        :     978-99917-60-30-8
Harga      :    B$1.50

    

Kandungan

Buku ini adalah edisi mini daripada buku asalnya yang mengandungi berbagai persoalan mengenai perkara-perkara sebelum, semasa dan ketika pulang dari pelayaran, hasil tulisan yang diusahakan oleh para pegawai Buhuth dan Irsyad Jabatan Mufti Kerajaan.

Setelah diringkaskan, ia dibahagikan kepada 5 bab daripada 9 babyang terdapat di dalam buku asal. Buku Teman Musafir (Edisi Mini) lebih memfokuskan kepada bacaan-bacaan praktikal yang digalakkan supaya dibaca oleh setiap musafir termasuk do'a-do'a, zikir-zikir dan lafaz niat sembahyang sunat Safar, qashar dan jama'.

Antara do'a-do'a dan zikir-zikir yang terkandung di dalam buku ini ialah do'a sembahyang sunat Safar, do'a ketika dalam kenderaan, do'a ketika angin bertiup kencang, do'a ketika hujan lebat & ditakuti bahayanya, selawat Tafrijiyyah, selawat al-Munjiyyah dan selawat an-Nur.

Buku kecil ini sesuai dan perlu dimiliki oleh sesiapa sahaja sebagai panduan yang amat baik dalam beramal dengan ajaran Islam khususnya ketika seseorang itu mula merancang atau berniat untuk bermusafir.